Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan
oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang
ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat
hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan
fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan
cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan,
dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang
diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan
dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan
tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara
ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup
kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada
sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari
semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita
lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya
sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita
sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita
pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan
asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik
hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor
paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang
ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta
berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling
bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama,
sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah
memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu
bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut
dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",
inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala
sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi
dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak
segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur
ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia
dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan
pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain
dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita
yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan
untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal